Yang mana baru dengar simpanan emas digital, jangan risau saya pun baru tahu dan tertarik dengan simpanan emas digital ni. Simpanan emas digital ni sangat sesuai untuk individu yang tak gemar memakai barang kemas, dan simpan emas dirumah. Jadi kita boleh simpan emas di akaun emas kita sendiri. Tanpa perlu ke kaunter, sekarang semuanya dihujung jari sahaja. Apa itu Emas Digital? Emas digital ini sebenarnya e-wallet emas sahaja. Setiap pembelian emas direkodkan ke akaun atau e-wallet emas di Quantum Metal. Ianya bertujuan memudahkan urusan kita memantau baki gram kita serta segala transaksi jual beli yang dilakukan. Setiap gram emas digital yang dibeli di Quantum Metal bersandarkan kepada emas fizikal sebenar. Buktinya, kita boleh withdraw emas fizikal daripada akaun Quantum Metal pada bila-bila masa mengikut saiz-saiz yang disediakan, dari sekecil 0.01gram hinggalah sebesar saiz 1 kilo. Semua orang dah tahu sandaran emas fizikalyang kita beli dari Quantum Metal disimpan dibilik ke...